Log in Sign up
Selamat Datang ke SHOPIEVO

Our Story

Permulaan Shopievo..

SHOPIEVO ditubuhkan pada tahun 2016 yang terdiri daripada 3 usahawan online yang mempunyai kepakaran yang berbeza tetapi berjaya digabungkan untuk jadikan kami sebuah team yang mantap untuk sama-sama bantu usahawan produk fizikal Malaysia menjual produk fizikal melalui store eCommerce sendiri sama ada ke pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

 

Kami melihat industri eCommerce di Malaysia ketika ini masih di tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara luar dan disitulah permulaan bagi Shopievo.

Perjalanan kami..

Dengan pengalaman dan kepakaran yang kami ada dalam bidang dropship eCommerce, kami bersepakat untuk lancarkan panduan lengkap berkenaan langkah demi langkah jual produk melalui eCommerce di pasaran antarabangsa dan juga lokal.

 

Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dan kami berjaya melahirkan beratus usahawan online produk fizikal yang telah menjana jualan 3 hingga 7 angka USD setahun hanya dengan buat bisnes dropship eCommerce di kedai eCommerce mereka sendiri.

Ini merupakan kejayaan yang besar bagi kami dan pada saat ini, kami teruskan lagi visi & misi kami untuk mengukuhkan jenama SHOPIEVO di mana kami menjadi seperti “Superhero selamatkan bumi” yang ingin membantu usahawan seperti anda.

 

Jika anda founder produk, stokis ataupun reseller yang menjual produk fizikal, kami akan bantu anda untuk memiliki sekurang-kurangnya satu kedai eCommerce sendiri melalui video training PERCUMA yang kami sediakan khas untuk anda.

Oleh sebab itu kami memilih slogan atau tagline ” 1 Usahawan 1 eCommerce “.

Anda sudah bersedia untuk sama-sama jadi usahawan produk fizikal yang lebih maju selangkah ke hadapan daripada pesaing anda? Team SHOPIEVO semakin berkembang dan izinkan kami bantu anda.

Impian kami adalah untuk melihat lebih ramai lagi usahawan Malaysia yang mempunyai kedai eCommerce dalam urusan jual beli dalam bisnes masing-masing.

Selamat datang ke dunia eCommerce bersama komuniti SHOPIEVO!

Hati Anda, Jantung Kami

Woot! Woot!

 

Jom Chat